SEPANG: Atlet boling padang negara Nor Farah Ain Abdullah masih tidak percaya sudah bergelar juara dunia pada penampilan sulungnya di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands, pada Sabtu.
Atlet berusia 23 tahun itu berkata kemenangan mudah dalam acara perseorangan wanita 6-2, 6-3 mengatasi lawan dari Malta Connie Rixon menyemarakkan lagi semangatnya untuk memikul tanggungjawab lebih besar pada kejohanan akan datang.
"Kali pertama mewakili negara di kejohanan yang jauh dan saya rasa macam mimpi lagi walaupun dah menang dan pegang pingat emas. Macam betul ke ni aku dah jadi juara?
"Di sana, bukan calang-calang lawan kita tetapi saya tanamkan dalam fikiran, main saja. Ada rezeki, adalah. Yang penting buat terbaik dan alhamdulillah saya dapat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLI) di sini hari ini.
Terdahulu, Nor Farah Ain membantu skuad negara meraih gangsa dalam acara berpasangan campuran bersama Izzat Shameer Dzulkeple, yang turut menyumbang pingat perak acara perseorangan lelaki.
Pada edisi kali ini, Malaysia meraih masing-masing satu emas, perak dan gangsa sekali gus muncul juara keseluruhan kejohanan itu.
Sementara itu, Izzat Shameer berkata walaupun melalui 'drama' kehilangan beg di lapangan terbang setibanya di Guernsey dan hanya menjumpainya selepas tiga hari, namun ia satu pengalaman baharu dan tidak mematahkan semangatnya.
"Hari pertama (latihan) sebenarnya memang agak bergelut sebab bola mereka sediakan jauh berbeza. Bola kita garisan kecil sikit tapi bola disediakan agak garisan besar jadi bila dapat bola sendiri baru rasa yakin," katanya.
Izzat Shameer yang pernah membuat penampilan sebanyak dua kali iaitu pada 2013 dan 2023 dan hanya mara ke suku akhir, tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira apabila penampilan kali ketiga telah membuahkan hasil.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
Nor Farah Ain berkata kemenangan mudah dalam acara perseorangan wanita 6-2, 6-3 mengatasi lawan dari Malta Connie Rixon menyemarakkan lagi semangatnya untuk memikul tanggungjawab lebih besar pada kejohanan akan datang. - Gambar fail/Stadium ASTRO
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
Azizulhasni raih gangsa kedua dalam tempoh 24 jam di Jepun
Azizulhasni menaiki podium buat kali kedua dalam tempoh kira-kira 24 jam selepas meraih pingat gangsa dalam final keirin lelaki pada saingan Piala Trek Jepun II di Velodrom Izu di Shizuoka hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
Nor Farah Ain tidak percaya bergelar juara dunia
Atlet boling pada negara Nor Farah Ain Abdullah masih tidak percaya sudah bergelar juara dunia pada penampilan sulungnya di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Tuah Tahun Naga, Liek Hou juara dunia buat kali kelapan
Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou, sekali lagi mencatat kejayaan membanggakan untuk negara apabila merangkul gelaran dunia kali kelapan di Kejohanan Badminton Para Dunia 2024.
Liek Hou raih kejuaraan dunia kali kelapan
Cheah Liek Hou melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara dunia dalam acara perseorangan lelaki SU5 selepas menewaskan pemain Indonesia, Dheva Anrimusthi pada Kejohanan Badminton Para Dunia 2024.
Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik berdepan cabaran juara dunia pada suku akhir
Cabaran menanti Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila bakal berdepan Juara Dunia 2023, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
Wushu: Weng Son raih juara dunia 2023 acara Changquan
Atlet wushu negara Wong Weng Son merangkul juara acara Changquan lelaki pada Kejohanan Wushu Dunia 2023 di Texas, Amerika Syarikat.
Acosta dinobat juara dunia Moto2 paling muda
Pelumba Red Bull KTM Ajo Pedro Acosta berjaya merangkul kejuaraan Moto2 dunia sulungnya di Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia.
Tenpin boling bawa Natasha keliling dunia
Natasha berkata, beliau dipanggil menyertai skuad remaja kebangsaan ketika berusia 15 tahun.